Ajal dan maut semuanya ketentuan-Nya. Hal ini tiada siapa yang boleh melawannya. Betapa kuat atau kebalnyakita di dunia ini, Allah lebih daripada segala-galanya. Kalau Allah katakan jadi, maka jadilah seperti kehendak-Nya. Intro semacam aje. Bukan apa, ada kaitan dengan cerita seterusnya. Bekas Adun Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris memiliki tongkat, songkok dan azimat yang dikatakan dapat menjadikannya kebal,kalis kaca dan peluru, tapi dia mati kerana hanya ditetak dengan kapak.
Mengapa boleh jadi begitu. Ketentuan Illahi.Tapi, bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman ada jawapannya ketika disoal mengenai perkara itu di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.
Dia mengakui bahawa Mazlan yang memiliki tongkat, songkok dan azimat mempunyai kekuatan itu. Tapi, dia mati selepas lehernya ditetak oleh Juraimi Husin kerana barang-barang berkenaan tidak ada padanya (Mazlan) ketika itu.
Menurutnya, pada malam pembunuhan 2 Julai 1993, Mazlan hilang kekebalannya kerana tidak memegang tongkat serta tidak memakai songkok dan azimat."Songkok, tongkat dan azimiat itu perlu dipakai bersama setiap masa untuk memastikan kesaktiannya," katanya ketika menjawab soalan balas Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam.
Selain itu, Affandi berkata, hikmat lain barang itu ialah dapat membuatkan pemiliknya makan kaca dan menundukkan seorang. Katanya, jika tongkat itu dihalakan kepada wanita hamil sambil membacakan perkataan tertentu, kandungannya akan gugur.
Menurutnya, Mazlan tahu segala hikmat tongkat, songkok dan azimat yang dikatakan dibeli dengan harga RM2.5 juta. Menjawab soalan Zakaria bahawa Mazlan tidak perlu ilmu itu kerana diabukan hendak berperang ke Somalia, Affandi menjawab: "Soal perang atau tidak itu soal orang yang memilikinya. Dia hendak pergi berperang itu hak dia. Ini kerana tongkat ini ibarat ikhtiar, bagaimana Nabi Musa menggunakan tongkat untuk membelah laut."
ZAKARIA: Itu nabi.
AFFANDI: Ya, tapi melalui doa.
Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian berkata, apa yang ada pada Nabi Musa adalah mukjizat dan bukan doa saja. Ini adalah perkara yang berbeza. Affandi juga berkata, Mazlan memerlukan tongkat, songkok dan azimat itu untuk keselamatannya dalam bidang politik. Memanglah sukar nak percaya benda macam ini. Tapi, ia memang tidak dinafikan berlaku. Kalau tidak, takkan timbul perkara macam ni. Entah betul ke tidak, hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu. Bercerita pasal benda ini, ramai yang bertanya betul ke Affandi tu bomoh hebat. Kalau pandai main bomoh kenapa kena tangkap. Kenapa tak pukau aje semua orang supaya ikut cakap dia. Nak tahu apa dia cakap ketika soalan itu ditanya dalam mahkamah.
Affandi berkata dia sudah tentu memukau peguambela Ikmal Hisam Idris di mahkamah jika mempunyai pengetahuan mengenai ilmu hitam itu. Menurutnya, dia tidak mengetahui ilmu pukau seperti yang dikatakan oleh peguambela Juraimi Husin itu. Katanya, kenyataan Ikmal bahawa dia (Affandi) telah memukau Juraimi sehingga tertuduh pertama tidak boleh berbuat apa-apa dan mengikut sajaarahannya, adalah tidak benar.
"Saya tidak pukau Juraimi dan saya tak tahu ilmu pukau. Kalau saya ada ilmu pukau, sudah tentu Encik Ikmal saya pukau," katanya disambut gelak mereka yang berada di mahkamah, termasuk Juraimi dan Maznah Ismail atau Mona Fandey. Affandi, Mona dan Juraimi menghadapi tuduhan dengan niat bersama membunuh Datuk Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada Julai 1993.
Affandi juga menolak kenyataan Ikmal bahawa dia memberi air jampi kepada Juraimi sehingga tertuduh pertama hilang pendoman dan menurut saja arahannya.Menurutnya, air jampi itu diberikan kepada sesiapa saja yang belajar silat dengannya. Katanya, dia juga pada bila-bila masa tidak mempunyai rancangan untuk menganiaya Juraimi yang dianggapnya sebagai anak sendiri. Dalam keterangan lain pula. Mazlan mengakui ada menyimpan patung Cina, India dan Siam di setiap rumah yang dia tinggal kerana keunikan dan seni ukirnya. Affandi berkata patung-patung itu ditinggalkan oleh orang yang berubat dengannya.
Menurutnya, pertanyaan mengenai patung itu pernah dikemukakan oleh Juraimi Husin, ketika mereka tinggal di Teluk Gong pada 1991.
"Saya beritahu Juraimi, saya selalu mengubat orang. Kadangkala ada orang India, Cina dan Siam datang.
"Mereka (orang yang datang berubat) mempercayai jika patung itu ada di rumah, mereka akan sakit dan tidak boleh tidur.
"Mereka bawa patung itu untuk saya melihat dan menawari jika ada sesuatu yang ada pada patung itu," katanya ketika disoal peguambelanya, Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan. Affandi berkata, mereka meninggalkan patung itu di rumahnya dan ada yang tidak mengambilnya semula.
Katanya, dia bimbang untuk membuang patung itu kerana mungkin pemiliknya mahu patung itu semula.
"Saya juga beritahu Juraimi, saya tidak anggap patung itu sebagai patung. Jika patung itu dibuat daripada besi, saya anggap besi. Kalau tanah, tanahlah dan kalau kaca, kacalah. Bukan istilah patung kepada saya," katanya. Affandi juga mengakui dia mempunyai bilik memuja di setiap rumah yang mereka tinggal, tapi menurutnya, bilik itu adalah bilik untuk memuja kalimah Allah.
Tentu ada yang bertanya mengapa soal tongkat sakti dan songkok hikmat menjadi perkara penting dalam keterangan pembelaan tertuduh kedua dan ketiga kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris. Dua barang itu dikatakan sanggup dibeli Mazlan dengan harga RM2.5 juta.
Jumlah itu yang didakwa Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hutang Mazlan kepada mereka. Itu dakwa Affandi dan Mona. Tapi berlainan pula dengan tertuduh pertama, Juraimi Husin. Dia mendakwa pasangan bomoh itu membunuh bekas Adun Batu Talam itu kerana harta, duit dan kereta.
Juraimi berkata, Mona dan Affandi berniat membunuh Mazlan dan merancang pembunuhan itu sejak Jun 1993.
"Mona dan Affandi ada niat membunuh Datuk Mazlan kerana harta, duit dan kereta.
"Apa yang saya katakan ini bukanlah rekaan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan membunuh Datuk Mazlan, tetapi adalah kenyataannya."Saya tidak bohong," katanya menjawab soalan peguambela Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Affandi dalam keterangannya pula menafikan tuduhan itu dan mendakwa pembunuhan itu dilakukan tanpa pengetahuan mereka oleh Juraimi seorang diri. Jadi kalau bukan kerana harta, mengapa geran tanah, wang dan kereta Mazlan bertukar tangan kepada pasangan bomoh itu.
Datuk Mazlan menyerahkan geran tanahnya kepada bomoh Affandi sebagai cagaran RM2 juta iaitu baki bayaran bagi azimat, songkok dan tongkat yang dikatakan boleh menjadikan Mazlan sebagai Menteri Besar. Affandi berkata, Mazlan akan melunaskanbayaran RM2 juta itu selepas beliau berjaya dalam pemilihan bahagian Umno pada 1993.Menurutnya, Mazlan menjelaskan RM500,000 sebagai cengkeram mendapatkan azimat, tongkat dan songkok yang semuanya bernilai RM2.5 juta kepadanya di Tanjung Lumpur pada 1993.
"Datuk Mazlan membawa duit itu dalam briefcase ke rumah saya di Tanjung Lumpur pada 1993.
"Dia membuka briefcase itu dan kemudian menyerahkan wang RM500,000 dan saya kemudian memberinya azimat, songkok dan tongkat itu," katanya.
Menurutnya, dia kemudian memberikan RM400,000 yang kebanyakannya dalam not RM1,000 kepada isterinya, ketika mereka berpindah dari Tanjung Lumpur ke Ulu Dong. Affandi juga memberitahu mahkmah, Mazlan ada memberinya surat mengenai penjualan sebahagian tanahnya di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub kepada pasangan bomoh itu. Menurutnya, dia membeli tanah itu dengan harga RM7,000, iaitu RM4,000 dibayar di Tanjung Lumpur dan RM3,000 lagi
dijelaskan di Ulu Dong pada 1993.
Katanya, surat itu pernah ditunjukkan kepada saudara mara Mazlan, termasuk anak saudaranya, Noraini Abdul Rahman dan Tarmizi Abdul Rahman, selepas mereka kerap kali bertanyasama ada Mazlan sudah menjual tanah itu kepada Mona dan Affandi.
Dalam keterangannya, Mohd Affandi juga mengaku memalsukan tandatangan Datuk Mazlan dalam surat perjanjian jual beli tanah dan banglo milik bekas Adun Batu Talam itu di Jalan Semarak (dulu JalanGurney), Kuala Lumpur, Julai 1993.
Affandi meniru tandatangan Mazlan berdasarkan sekeping surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 bagi pembelian tanah dan rumah di Jalan Gurney.
"Saya telah meniru tandatangan Datuk Mazlan berdasarkan surat itu dan menurunkannya dalam surat perjanjian jula beli itu," katanya.
Menurutnya, urusan penyediaan surat perjanjian itu dilakukan oleh abangnya, Azmi dengan peguam Mohd Nashir Hussein dari syarikat guaman, Nashir Johal & Company.
Nashir dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa surat perjanjian itu bertarikh 6 Julai 1993. Menurutnya, dia juga tidak melihat Mazlan menandatangani
surat perjanjian itu.
Affandi ketika ditanya peguambelanya, Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan, berkata surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 itu disimpan dalam beg hitamnya. Bagaimanapun, surat itu tidak ada dikemukakan di mahkamah
No comments:
Post a Comment