Saturday, August 14, 2010

Kisah Mona ( Episod 4 )

keterangan Mohd Juraimi Husin ketika membela diri pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dalam keterangannya, tertuduh pertama ini memberitahu dia tidak berniat membunuh Datuk Mazlan Idris. Tapi kenapa dia bunuh juga. Adakah dia kesal dengan perbuatannya. Aku tak mahu ceritakan, tapi baca cerita ini sampai habis. Peguambela Juraimi, Karam Singh Bahl ketika menyoal Juraimi ingin tahu apa yang berlaku seminggu selepas pembunuhaan Datuk Mazlan.

JURAIMI: Sepupu Datuk Mazlan datang ke rumah itu (tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub)?

KARAM: Apa dia buat?

JURAIMI: Dia (sepupu Mazlan) ada cakap dengan saya dan bertanya adakah Datuk datang ke situ?

KARAM: Tahu siapa nama sepupu Datuk Mazlan itu?

JURAIMI: Namanya tidak tahu.

KARAM: Bagaimana Juraimi tahu dia sepupu Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dia yang perkenalkan dirinya.

KARAM: Apa Juraimi cakap pada dia?

JURAIMI: Saya jawab: Biasanya Datuk datang seminggu sekali, tapi dah dua minggu dia tak datang.

KARAM: Dia datang sebelah pagi atau petang?

JURAIMI: Pagi.

KARAM: Sebelah petang apa jadi?

JURAIMI: Petang itu, selepas sepupu Datuk balik, saya terus ambil kapak dan parang dan tanam.

KARAM: Masa itu Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman) dan Mona (Maznah Ismail atau Mona Fandey) ada?

JURAIMI: Tiada, mereka ke Kuala Lumpur.

KARAM: Ada Affandi dan Mona balik ke rumah di Kampung Peruas?

JURAIMI: Ada pada 7 atau 8 hari bulan (Julai 1993).

KARAM: Adakah itu kali pertama mereka pulang ke rumah selepas kejadian itu?

JURAIMI: Ya.

KARAM: Mereka datang seorang atau ada orang lain?

JURAIMI: Seorang itu Tengku Yahya (Abdullah, abang tiri Mona), seorang Cina (pemandu limosin, Tan Teck Seng) dan anak mereka (Mazdiana Affendy). Mereka kemudian masuk dalam rumah.

KARAM: Apa berlaku dalam rumah?

JURAIMI: Affandi terus masuk dalam bilik dia. Mona kemudian panggil saya dan kenalkan dengan Tengku Yahya. Selepas itu, Mona panggil saya ke belakang dan bagi duit. Mula-mula dia beri RM1,000. Kemudian Mona tanya:

"Ada orang datang ke?" Saya jawab: "Ada sepupu Datuk Mazlan." Selepas itu, Mona tanya: "Kau jawab apa?" Saya jawab: "Saya tak tahu dan kata mereka pergi KL." Selepas itu Monatanya: "Mana kapak, parang dan pistol." Saya jawab: "Saya dah tanam." Kemudian Affandi keluar dari bilik dia dan bertanya kepada saya: "Berapa ibu (Mona) kasi (beri) duit berapa?" Selepas itu Affandi berkata kepada Mona: "Yang (Sayang, panggilan mesra Mona) beri lagi RM500." Selepas itu Mona kata: "RM500 untuk makan dan RM1,000 untuk beri makan itik."

KARAM: Adakah mereka tinggal di rumah itu pada hari itu?

JURAIMI: Mereka terus balik pada tengah hari itu.

KARAM: Kesemua lima orang?

JURAIMI: Semua lima orang.

KARAM: Juraimi tinggal seorang?

JURAIMI: Betul. Sebelum pergi Affandi ada kata pada saya. Dia kata: "Bapak nak ke KL. Bapak nak uruskan hand phone. Seminggu lagi bapak balik."

KARAM: Juraimi ada keluar rumah ketika tinggal seorang diri?

JURAIMI: Pada 12 hari bulan (12 Julai 1993), ketika saya keluar untuk beli makanan burung, saya bertemu sepupu Datuk Mazlan. Dia tanya: "Affandi dah balik?" Saya jawab: "Belum." Sepupu Datuk Mazlan kemudian berkata lagi: "Saya ada jumpa bomoh di Kuantan. Dia (bomoh) kata Datuk ada bersama Affandi."Saya hendak jumpa Affandi untuk tengok di mana Datuk berada.

"Saya nak report (buat laporan) polis, nanti buat awak susah saja." Selepas itu saya jawab: "Nak report, reportlah, saya tak kisah." Kemudian sepupu Datuk Mazlan kata: "Saya bagi tempoh, kalau Khamis atau Jumaat, Datuk tak balik, saya terpaksa report."Saya terus ke kedai itu. Selepas itu saya mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur pada hari itu juga.

KARAM: Ada Juraimi ke Kuala Lumpur?

JURAIMI: Ada, saya hendak cari Affandi di KL (Kuala Lumpur). Saya ke KL lebih kurang jam 3 petang pada 12 Julai 1993. Saya cari Affandi sampai jam 11 malam, tapi tak jumpa.

KARAM: Di mana cari Affandi?

JURAIMI: Di kawasan KL. Selepas 11 malam saya ke hotel...hotel apa. (berfikir) Tin Mine Hotel Hilton. Saya ke situ sebab kalau sebelah malam, Affandi biasanya ke situ. Pada 11 malam tak ada, saya ke Klang dan tidur di rumah kawan.

KARAM: Pada esoknya (13 Julai 1993), apa jadi?

JURAIMI: Pada esoknya, saya balik ke Raub direct (terus ke Raub).

Apabila saya balik ke rumah,saya tengok ada orang di rumah dalam satu kereta.

KARAM: Ada berapa orang dalam kereta itu?

JURAIMI: Tiga orang. Saya masuk saja, sepupu Datuk Mazlan pun bertanya: "Mana Datuk?" Saya jawab: "Tak tahu, saya baru balik cari Affandi di KL."

Baru saya hendak releks, sepupu Datuk Mazlan cakap: "Ini adik dia (Mazlan) baru sampai dari KL." Saya cakap: "Saya tak tahulah." Kemudian, ada satu land rover polis datang, tiga anggota polis terus masuk dalam kawasan halaman rumah.Anggota polis itu bertanya: "Mana Datuk pergi?" Saya jawab:

"Saya tak tahu"Anggota polis itu kemudian meminta IC (kad pengenalan) saya, dan saya pun beri IC. Kemudian anggota polis itu berkata, tak apalah kita cerita dekat balai.Kami pun pergi ke Balai Polis Dong. Di balai, polis tanya lagi, mana Datuk? Saya cakap, tak tahu. Apabila sudah cerita, dia suruh balik kerana pegawai tak ada dan minta saya datang jam 7 malam. Saya balik lebih kurang 3.30 petang. Saya balik ke rumah dan beri makan itik dan pada masa itu sudah jam 7 malam lebih.Saya kemudian mencari pondok telefon awam dan menelefon Balai Polis Dong memberitahu terlewat tapi anggota di situ memberitahu supaya saya datang juga. Di Balai Polis Dong, ada seorang datuk Sarjan, namanya saya tak tahu.

(Karam kemudian memanggil Ketua Balai Polis Dong, Sarjan Masara Yuasap dan Juraimi mengecamnya). Dia (Masara) tanya mana Datuk, saya kata saya tak tahu. Kemudian dia menelefon Balai Polis Raub. Kemudian ada dua anggota polis datang dan bawa saya ke Balai Polis Raub. Dalam perjalanan ada seorang Sarjan berkata: "Tak apalah, kita buat kes dadah. "Saya tahu awak tak hisap dadah. Dari muka, saya tahu awak tak hisap dadah." Di Balai Polis Raub, saya masuk lokap. Di lokap, air kencing saya pun tak ambil.

KARAM: Masa di lokap Balai Polis Raub, ada Juraimi disoal-siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab: "Tak tahu. Saya main tak tahu aje."

KARAM: Berapa lama ditahan di Balai Polis Raub?

JURAIMI: Dari 13 hingga 23 Julai 1993. Mengenai kes dadah.

KARAM: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, ada jumpa Affandi.

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bila jumpa?

JURAIMI: Di Balai Polis Raub, pada malam 21 Julai menjelang 22 Julai 1993, ada jumpa Affandi.

KARAM: Ada disoal-siasat mengenai Datuk Mazlan?

JURAIMI: Dalam lokap, saya bangun tidur dan Din Mamak (Detektif Lans Koperal Nordin Sadakathullah) ambil saya berjumpa Tuan Mahpop (Penolong Penguasa Mahpop Jaafar).

KARAM: Ada dia soal-siasat kamu?

JURAIMI: Mahpop tanya: "Mana kamu tahan Datuk Mazlan?"

KARAM: Apa jawabnya?

JURAIMI: Mahpop kata: "Saya tahu, semuanya. Affandi pun dah kena tangkap, Mona pun dah kena tangkap. Affandi pun dah ada kereta, Mona dah pakai barang kemas. Mereka mahu menganiaya awak. Baik awak cerita."

(Selepas memberi keterangan ini dan sementara menunggu soalan lanjut Karam, Juraimi memandang jam di dinding mahkamah berhampiran kandang saksi. Pada waktu itu jam
menunjukkan pukul 10.43 pagi. Juraimi tersenyum memberi sesuatu isyarat kepada Karam.)

KARAM: Apa kamu jawab?

JURAIMI: Saya jawab tak tahu. Kemudian (bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah) Datuk Zaman Khan dan Takbir (Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd) masuk ke bilik. Datuk Zaman Khan pun tanya: "Mana kau tahan Datuk Mazlan?" Saya jawab: "Saya pun tak tahu." Takbir kemudian terus menampar saya dan keluar dari bilik itu. Lima minit kemudian Takbir masuk balik bersama Affandi. Apabila berjumpa, Affandi berdiri di belakang saya dan memegang bahu dan berkata: "Rong (Gondrong) ini bapak (Affandi). Kau ceritalah, bapak dah cerita segala-galanya.

"Ibu (Mona) pun, dah kena tangkap, adik pun dah kena tangkap." Saya pun berdiam diri. Apabila Affandi keluar, baru saya teringat apa yang berlaku semuanya. Selepas itu, saya dan Affandi dibawa ke rumah di Ulu Dong pada malam itu juga (menjelang 22 Julai 1993).

(Ketika di rumah itu, polis ditunjukkan lubang, tempat jasad Mazlan serta pistol, kapak dan parang ditanam. Juraimi juga menunjukkan pelurun yang dibuang dalam lubang tangki najis

AKU sambung lagi keterangan membela diri Mohd Juraimi Husin di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dia disoal peguambelanya Karam Singh Bahl dalam perbicaraan kes membunuh Datuk Mazlan Idris.Salam keterangan kali ini dia menceritakan perasaannya ketika melakukan pembunuhan terhadap Mazlan Pendekkan cerita kau orang bacalah keterangannya.

KARAM: Sepanjang tinggal dengan Mona selama satu tahun lapan bulan, adakah Juraimi tidak teringat untuk pulang ke kampung?

JURAIMI: Tidak.

KARAM: Tolong cerita dengan mahkamah, mengapa tak balik?

JURAIMI: Ikut hati nak balik, tapi tak berdaya hendak balik kerana Affandi control (kawal) semua. Dia tak kasi (beri) saya balik, saya nak telefon kampung pun tak kasi.
Saya ikut arahan dia, dia tak kasi balik, saya tak baliklah.

KARAM: Apakah hubungan Datuk Mazlan dengan Mona dan Affandi. Apa istimewanya mereka hingga Datuk Mazlan sanggup berjumpa mereka?

JURAIMI: Datuk jumpa Affandi supaya dia (Mazlan) dijadikan Menteri.

KARAM: Mengapa hendak jumpa Affandi jadi Menteri, dia bukan orang politik?

JURAIMI: Affandi dan Mona memang bukan orang politik, tapi dia seorang bomoh.

KARAM: Bagaimana Juraimi tahu?

JURAIMI: Saya tahu, Affandi ada satu bilik. Dalam bilik itu ada banyak barang pemujaan.

KARAM: Di mana bilik itu?

JURAIMI: Di setiap rumah yang Affandi dan Mona tinggal, ada bilik pemujaan.

KARAM: Bagaimana, Juraimi tahu?

JURAIMI: Masa itu di Kijal, Terengganu, dia ada ubatkan orang sakit.

KARAM: Adakah Juraimi seorang bomoh.

JURAIMI: Saya tidak.

KARAM: Ada belajar jadi bomoh?

JURAIMI: Ada juga dia ajar sikit-sikit jadi bomoh.

KARAM: Cara macam mana?

JURAIMI: Macam pemujaan. Ada ayat yang mesti dihafal.

KARAM: Ada Juraimi tahu cara mandi bunga?

JURAIMI: Cara mandi bunga dan bacaannya saya tak tahu.

KARAM: Cara mandi ubat?

JURAIMI: Itu pun saya tak tahu.

KARAM: Ada Mona dan Affandi berbincang dengan Juraimi apa yang hendak dibuat terhadap Datuk Mazlan?

JURAIMI: Ada.

KARAM: Bincang atau beritahu?

JURAIMI: Beritahu.

KARAM: Apa niat mereka terhadap Datuk Mazlan?

JURAIMI: Mereka beritahu: Tunggu Datuk datang bawa duit, baru kita bunuh.

KARAM: Ada niat untuk tarik daripada terbabit dengan rancangan itu?

JURAIMI: Ada, tapi tak berdaya.

(Mona yang duduk bersebelahan Affandi di kandang tertuduh ketawa dan berbisik sesuatu kepada suaminya).

KARAM: Ada niat nak bunuh Datuk Mazlan?

JURAIMI: Saya memang tiada niat nak bunuh Datuk kerana saya dengan Datuk biasa saja.

KARAM: Jika pada hari kejadian, kamu seorang diri tanpa Mona dan Affandi ada di situ, adakah kamu akan bunuh Datuk Mazlan?

JURAIMI: Kemungkinan besar tidak.

KARAM: Apa yang menyebabkan Juraimi lakukan pembunuhan itu?

JURAIMI: Saya kira, tidak ada perasaan, hilang akal.

(Mona dan Affandi sekali lagi tersenyum mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Juraimi itu. Ikmal Hisham (seorang lagi peguambela Juraimi) kemudian bangun dan menyoal Juraimi).


IKMAL: Kamu kata tadi, sejak ikut Mona dan Affandi ada niat untuk melarikan diri, tapi tak berdaya. Mengapa?

JURAIMI: Ada terfikir untuk balik ke kampung, tapi tak terdaya.Affandi halang saya.

IKMAL: Halang macam mana?

JURAIMI: Affandi bagi tahu, tak boleh balik, sebab takut semua rahsia terbongkar. Semua rahsia ada dalam tangan saya.

IKMAL: Ada peluang untuk lari?

JURAIMI: Memang ada.

IKMAL: Mengapa tak lari?

JURAIMI: Apabila nak lari, nak melangkah, macam ada orang halang.

(Mona dan Affandi yang berdiam diri kelihatan berbisik-bisik dan kemudian kedua-duanya ketawa).

IKMAL: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, Juraimi ada disoal-siasat.

JURAIMI: Memang saya tak tahu apa yang berlaku. Mereka (polis) pukul macam mana pun saya tak tahu.

IKMAL: Adakah Juraimi mahu melindungi Mona dan Affandi atau tak tahu?

JURAIMI: Memang benar saya tak tahu, bukan untuk melindungi mereka.

IKMAL: Juraimi ada kata pada malam menjelang 22 Julai 1993 selepas Affandi memegang bahu baru teringat semua. Mengapa?

JURAIMI: Selepas malam menjelang 22 Julai 1993 dan selepas Affandi pegang bahu, baru saya boleh ceritakan segalanya. Baru saya tersedar dan boleh ceritakan.
Perasaan saya dah seperti biasa, dah normal seperti apa yang saya ceritakan di mahkamah sekarang.

IKMAL: Juraimi tak menyesal dengan perbuatan itu (pembunuhan)?

JURAIMI: Menyesal memang ada.

IKMAL: Menyesal macam mana?

JURAIMI: Menyesal bunuh orang. Dalam siri ke-19 aku akan ceritakan kehandalan pasangan bomoh ini buat tangkal, azimat dan tongkat sakti. Apa yang aku hairan
ada orang percaya dan beli dengan harga mahal. Isyk isyk isyk.... susah nak percaya.

Dalam keterangannya, Affandi memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh bahawa darah terpancut ke atas dan percikannya kemudian membuak-buak dengan banyak ke kiri dan kanan ketika leher Datuk Mazlan Idris ditetak dua kali oleh Juraimi Husin pada
malam 2 Julai 1993.

Affandi yang duduk di bahagian atas kepala Mazlan sambil meratakan air ke muka bekas Adun Batu Talam itu. Katamya, pada masa itu kepala Mazlan terkulai dalam besen air bunga pada tetakan kali kedua dan darah keluar denganbanyak. Menurutnya, pada ketika itu dia tergamam dan tidak dapat menahan Juraimi daripada melakukan pembunuhan di bilik air rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub itu.

"Juraimi menetak dengan pantas, sekali tetak, terlekat pada halkum dan tetak sekali lagi.

"Saya tidak nampak Juraimi datang dan hanya nampak kapak sudah berada di halkum Datuk Mazlan," katanya ketika disoal balas peguambela Juraimi Husin, Ikmal Hisam Idris.Affandi berkata sebagai bomoh dan guru silat, dia tidak mampu menahan Juraimi daripada melakukan perkara itu kerana tergamam.

Lagipun, katanya, dia tidak nampak Juraimi datang ke bilik itu pada masa kejadian.

Tertuduh kedua juga berkata, dia nampak kapak yang digunakan Juraimi kena pada halkum Mazlan dan bukan tempat lain, walaupun gambar jasad Mazlan yang ditunjukkan kepadanya menunjukkan bekas tetakan di bawah dagu mangsa.

Affandi masih mahu menggunakan perkataan halkum dan tidak bersetuju dengan Ikmal bahawa bahagian yang putus itu adalah leher.

Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian terpaksa menerangkan makna halkum dan leher dengan menunjukkan lehernya sendiri untuk memastikan bahagian mana yang dimaksudkan oleh tertuduh kedua.

Bagaimanapun, Affandi tetap mengatakan halkum walaupun dua keping gambar yang ditunjukkan kepadanya menunjukkan tetakan itu di bawah dagu. Bagaimana keadaan Datuk Mazlan ketika mandi bunga.Affandi menerangkan badan melentang dengan tengkuk dialas dengan batu dan di bawah kepala pula diletakkan besen berisi
air serta senjata seperti keris dan kapak kecil.Ini adalah antara peramalan mandi bunga bomoh Affandi dan cara itu juga dibuat ketika dia menjalankan upacara mandi bunga ke atas Datuk Mazlan.


Affandi berkata, mengikut amalannya dia tidak menjalankan upacara mandi bunga dengan orang yang akan dimandikan duduk di atas bangku atau lantai.

Katanya, dia tidak tahu cara orang lain mandi bunga, tetapi mengikut caranya orang yang hendak dimandikan perlu berkedudukan badan melentang dengan tengkok dialas dengan batu. Affandi berkata demikian ketika menjawab soalan balas Ikmal Hisam.

Ikmal: Encik Affandi, bolehkah mandi bunga dilakukan secara duduk?

Affandi: Cara orang lain, saya tak tahu, cara saya macam itu.

Ikmal: Seseorang yang hendak mandi bunga, boleh duduk atas kerusi atau lantai dan dijirus ke atasnya.

Affandi: Itu bukan cara saya.

Mengikut Ikmal, cara yang diamalkan oleh Affandi dengan kedudukan Mazlan seperti itu pada malam itu bagi memudahkan leher Mazlan dipancung.

Bagaimanapun, Affandi menafikannya dengan berkata dengan kedudukan begitu akan memudahkannya mandikan Mazlan.

Bomoh itu dalam keterangan sebelum ini juga berkata Juraimi mematuhi arahannya supaya mengangkat besen dan membuang air di dalamnya pada malam itu. Katanya, Juraimi juga berkeadaan normal pada ketika itu.

Affandi juga tetap dengan pendiriannya bahawa dia tidak nampak Juraimi dating menetak leher Mazlan pada malam itu ketika ditanya sekali lagi oleh Ikmal.

No comments:

Post a Comment